IKAN MASIN 4 RASA
Resepi ini saya pelajari melalui seorang kawan saya yang berasal dari Semporna, Sabah. Selama ini, ikan yang pernah saya makin semuanya di masak dengan ala kadar, kalau bukan digoreng dan dimakan dengan cicah sambal, makan dengan sayur yang ditumis bersama.
Memasak Ikan Masin 4 Rasa adalah mudah, tapi proses memasak tu yang agak mencabar sedikit. Apa tidaknya, haruman cili padi yang ditumis itu tersangat-sangatlah menusuk. Silap2 hari bulan, boleh sesak nafas kita dibuatnya. Kompom terbatuk2, tapi janganlah pula batuk menghadap masakan tu yer, tak
pasal-pasal 4 rasa tu tak menjadi...jadilah pula 5 rasa (4rasa + 1 rasa ~> air liur)...kikiki.
Bahan2:
- Ikan Masin
- Ikan bilis
- Bawang Merah
- Cili Padi (potong kecil2)
- Air Asam Jawa
- Gula
- Garam
- Ajinomoto
![]() |
Bahan-bahan yang diperlukan....maaf lah ye, gambar garam, ajinomoto dan gula tiada. |
- Potong ikan masin menggunakan gunting ataupun pisau yang tajam untuk mengelakkan ikan masin itu hancur dan senang untuk digoreng.
- Jika anda tidak suka ikan masin yang terlalu masin, sebelum melakukan apa2, rendamkan dahulu ikan masin yang telah siap dipotong dengan air panas selama 30minit.
- Untuk mengelakkan bau tumisan cili padi yang kuat keluar, tumis lada bersama-sama dengan air asam jawa.*3 (cara2 memasak).
Cara-cara memasak:
- Mula-mula sekali, ikan masin dan ikan bilis yang telah siap dibersihkan haruslah digoreng terlebih dahulu. Goreng sehingga garing dan sesuai untuk dimakan. Tips! Untuk mengelakkan ikan masin itu hancur semasa digoreng, pastikan minyak dalam kuali itu sudah cukup-cukup panas, barulah masukkan ikan masin dan ikan bilis tersebut.
- Ikan Masin yang telah siap digoreng, diangkat. Jika anda ingin menggunakan minyak gorengan tadi untuk menumis bahan-bahan seterunya boleh juga, tapi kurangkan kuantitinya dulu.
- Masukkan bawang dan cili padi yang telah dihiris, goreng sehingga garing.
- Masukkan air asam jawa, kacau sehingga pekat. (kacau sehingga 2-5minit).
- Masuk ikan masin dan ikan bilis yang telah digoreng, kacau sehingga sebati.
- Masukkan perasa, secubit garam, ajinomoto dan gula. Kacau sehingga sebati. (2 minit).
- Masakan siap untuk diangkat dan dihidangkan.
~> Mudahkan? ~S.e.l.a.m.a.t M.e.n.c.u.b.a~
![]() |
Ikan Masin 4 Rasa |
Tips!
Elakkan menggunakan sudu yang basah ketika menyenduk masakan ini untuk memastikan ianya tahan lama. Mengikut pengalaman, saya pernah menyimpan masakan ini selama 1 bulan, dan ianya masih selamat untuk dimakan. Simpan ditempat yang kering dan bertutup.
~> Mudahkan? ~S.e.l.a.m.a.t M.e.n.c.u.b.a~
No comments:
Post a Comment